Cikgu Zawahir ni memang sayang sangat kat kerjaya dia sebagai guru. Setiap hari bersemangat masuk kelas, ajar anak murid. Tapi, hidup makin hari makin mencabar. Dengan komitmen keluarga, bil-bil, dan kos hidup yang meningkat, dia sedar pendapatan cikgu je tak cukup. Nak tak nak, dia kena cari pendapatan sampingan.
Zawahir mula fikir, “Bisnes apa yang boleh aku buat, tak ganggu masa aku kat sekolah?” Selepas lama cari dan buat kajian, dia terjumpa bidang hartanah. “Fleksibel, boleh susun ikut masa aku, dan kalau rajin, boleh buat duit lebih,” kata Zawahir pada diri sendiri.
Awal-awal, memang mencabar. Pagi sibuk dengan murid, malam pula kena jumpa klien dan belajar selok-belok hartanah. Letih memang letih, tapi sebab fikir nak bantu keluarga, dia tetap kuatkan semangat. Satu hari, dia berjaya close deal pertama. Dapat komisen RM18,000. Dia rasa puas hati sangat. Selepas itu, Zawahir konsisten dapat close deal, semakin hari semakin yakin dengan kerjaya barunya ni.
Sekarang, Zawahir bukan sekadar dikenali sebagai cikgu kat sekolah, tapi juga ejen hartanah yang boleh dipercayai. Walaupun buat dua kerja serentak, dia berjaya buktikan yang dengan usaha dan perancangan, segalanya boleh jadi realiti.
“Dalam hidup, cabaran tak pernah berhenti. Tapi kalau kita ada keberanian untuk melangkah, apa yang nampak mustahil boleh jadi kejayaan. Jangan pernah takut untuk bermula, sebab kejayaan bermula dengan satu langkah kecil.”
KLIK LINK UNTUK INFO KERJAYA HARTANAH ⤵️