Mengimbau kenangan zaman awal2 join jadi perunding hartanah naik EX5 berdua kehulu kehilir redah hujan panas demi layan appointment jual beli dengan klien.
Selalu tengok orang cina boleh bersatu dengan adik beradik buat bisnes dan pelaburan. Kami sepakat berhenti kerja dan bersatu hati join bidang hartanah secara serius.
Kami memilih nama #ZPROP sebagai nama TEAM dalam branding sempena nama MENTOR HARTANAH kami iaitu ayah kami sendiri. ZAKARIA’S PROPERTIES. Singkatan menjadi ZPROP.
Dulu rutin harian, keluar rumah pagi2 sampai ke malam tak balik2 lagi rumah. Demi mencari rezeki yang halal. Walaupun macam2 cabaran, kami tetap berusaha maintain close case. Kami percaya dengan rezeki Allah.
Niat kami untuk selesaikan amanah tuan rumah dengan jujur & bertanggungjawab dipermudahkan. Komisyen pertama kami claim anggaran dalam RM15K. Jadilah modal utk kami rolling duit belanja dan invest dalam pengiklanan untuk kembangkan lagi branding.
Alhamdulillah kami masih lagi setia dengan bisnes hartanah sehingga hari ni. Banyak lagi perancangan dalam bisnes hartanah ini. InshaAllah pelan2 kayuh.
:: www.zpropgroup.com ::
















