Untuk menjadi seorang Ejen Harta Tanah (Real Estate Agent) berdaftar, seseorang individu perlu:
1) Lulus Bahagian 1 & 2 daripada 12 kertas peperiksaan. / Certificate Estate Agency (INSPEN) / Diploma mana2 institusi berkaitan
2) Lengkapkan 2 tahun latihan praktikal dengan sebuah syarikat harta tanah yang berdaftar.
3) Berikutan itu, mereka perlu mendaftar sebagai Ejen Harta Tanah Percubaan atau Probationary Estate Agent (PEA) dan menyiapkan Tugasan 1 dan 2.
4) Langkah yang berikutan adalah untuk lulus dalam Ujian Kecekapan Profesional (TPC).
Selepas memenuhi prasyarat di atas, ejen tersebut dibenarkan mendaftar dirinya dengan Lembaga sebagai Ejen Hartanah Berdaftar (REA).
Jika pendaftaran berjaya, REA tersebut kini dibenarkan untuk mengendalikan firma harta tanah sendiri serta menyediakan perkhidmatan membeli, menyewa, dan mencari harta tanah untuk pelanggan.
















